CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

assalamualaikum

Tuesday, February 26, 2013

Srikandi Muslimah Tokoh Role Model



Bissmillahirahmanirahim :)

 Setiap individu yang lahir di dunia ini pastinya tidak terlepas daripada ujian Allah.Kehidupan dunia adalah medan perjuangan menuju kehidupan yang kekal abadi.Sekiranya kita berjaya mengharungi segala cabaran dan ujian yang mendatang,sudah pasti kita berjaya menjadikan dunia ini seperti yang dilaporkan menerusi hadis Rasulullah yang berbunyi, "Dunia adalah tempat bercucuk tanam " . Pengertian hadis ini begitu jelas bagi difaham.Maksudnya di sini,dalam konteks kehidupan di dunia,kita perlu berusaha bagi mencapai apa yang kita hajati.Dengan kata lain,kita perlu mengetahui matlamat sebenar hidup kitabagi membolehkan kita mengatur strategi hidup.Oleh itu,bagi membantu kita melihat dan mencari panduan serta contoh terbaik bagi dijadikan teladan,srikandi Muslimah yang sedia ada yang kisah mereka terpahat dalam sejarah Islam boleh dijadikan sumber teladan.Mereka boleh dijadikan sumber idola demi menyuntik semangat kita dalam mengendalikan permasalahan dan cabaran hidup semasa.Cabaran yang mereka hadapi serta bagaimana mereka melihat perspektif ujian hidup dapat membantu kita melihat dan mencedok pengalaman itu.Kekuatan dan semangat perjuangan tinggi yang mereka miliki dapat menjadi kayu ukur bagi kita membina kekuatan diri.



                                                                             -Kay-

0 comments: