CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

assalamualaikum

Monday, February 25, 2013

CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI..

      Assalamualaikum..Saya Kay.Ini blog pertama Kay.hope korang enjoy baca.hee."Cinta tidak semestinya memiliki." Kata bijak pandai ini biasa didengar anak muda yang sedar perihal makna cinta.Mereka yakin cinta tidak boleh dipaksa apalagi dipalsukan.Cinta dapat berkembang dalam hati orang yang turut sama menyanyangi,mengasihi dan saling setia.

      Cinta adalah urusan hati.Untuk urusan yang satu ini,tidak ada kekuatan yang khusus dapat mencampurinya.Sekiranya hati tidak cinta,jangan dipaksa sama sekali erana ia menyeksa perasaan orang yang kita cintai.Adakah ini dinamakan cinta tulus dan suci??Saya ragu kepada cinta orang yang bersikap begini.

       Sekarang kita sudah tahu bagaimana menangani cinta yang bertepuk sebelah tangan.Pastinya kita sedar dengan sepenuh hati cinta tidak semestinya memiliki.Saya berkeyakinan besar kepada Allah.Mungkin perkara yang kita cintai belum tentu terbaik untuk kita.Maksudnya di sini,seandainya orang yang dicintai benar-benar jatuh dalam pelukan kita,dikhuatiri kita menjadi lemah iman ataupun sebaliknya.Dalam hal ini,Allah berkata..
     
       "Diwajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah perkara yang kamu benci.Mungkin kamu membencinya,padahal ia amat baik untukmu.Mungkin juga kamu menyuainya,padahal ia amat buruk untukmu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."


      Mungkin kita begitu menyukai sesuatu tetapi perkara itu begitu buruk untuk kita.Oleh sebab itu,cintailah apa sahaja yang dicintai oleh Allah.Hanya dengan cinta beginilah hati menjadi tenang dan lapang dalam semua perkara yang berkaitan dengan cinta kita,baik yang ditolak ataupun diterima..


                                                                                                                                        -Kay- 

0 comments: